2010 : Dari Perspektif Yang Lebih Kritikal

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Setelah hampir 7 bulan voice2heart berhibernasi, kini muncul kembali dengan idea, wajah dan penampilan yang lebih segar dan ceria untuk menyampaikan pelbagai informasi, cerita, perkongsian maklumat dan luahan rasa dan perasaan.

Dengan mengekalkan nama "VOICE 2 HEART", edisi 2010 kali ini telah mengubah alamat URL blog ini daripada voice2heart.blogspot.com ke nama blogger sendiri iaitu talmizie.blogspot.com. Sebagai tanda integriti dan telus dalam menyampaikan idea dan pandangan peribadi terhadap pelbagai isu semasa dan sebagainya.

Yang pasti, dalam menongkah arus teknologi dan urbanasi yang semakin mencabar, pelbagai isu akan dikupas dari pelbagai perspektif yang berbeza disamping cerita-cerita harian tidak akan ditinggalkan untuk dikongsi bersama.

Selamat melayari Voice 2 Heart.